Kelab Pemimpin Utara HPA (KULIM)

Dipimpin Untuk Memimpin

Guru oh Guru 20/05/2009

Filed under: Aktiviti — Abdullah @ 08:59

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

karya : SN Dato’ Dr. Usman Awang

sharifahsulaiman@kulim

KULIM, 19/5/2009 : Puan Sharifah Sulaiman, meskipun di dalam kesempitan waktu memenuhi pelbagai komitmen terutamanya sebagai perawat di klinik (Sungai Petani), beliau terus berjuang tanpa jemu dengan menyampaikan ilmu Perubatan Jawi di HPA Cawangan Kulim.

Alhamdulillah, beberapa perkongsian telah diberikan iaitu ilmu produk Evening Prime Rose (softgel), diagnosis untuk penyakit kencing manis dan keracunan di dalam tubuh. Produk EPO sememangnya perlu menjadi diet wajib kepada muslimah yang mengimpikan kejelitaan dalaman & luaran. Dengan harga pasarannya yang jauh lebih murah berbanding jenama lain, EPO – HPA bukanlah tandingan untuk mana-mana produk seumpamanya (terutamanya keluaran syarikat kuffar) kerana ia disediakan oleh pengeluar yang benar-benar berjiwa Islam, insyaAllah. Kita mendoakan agar EPO dan semua produk HPA sentiasa dilimpahi barakallah demi mengubat ‘ketenatan’ di dalam masyarakat hari ini.

Khabarnya mungkin ini kali terakhir beliau dijadualkan sebagai penceramah di dalam kuliah mingguan cawangan Kulim untuk tahun 2009, namun menjadi harapan para pemimpin dan pengedar HPA di Kulim agar setiap bulan beliau terus diizinkan Allah swt untuk ‘turun padang’ di dalam Kursus PBC. ameen.

Selamat menunaikan ibadat Umrah dan Ziarah di Tanah Suci Mekkah serta Madinah untuk

Kak Pah, Cikgu Suberi Murad juga jemaah yang bersama-sama mereka.

 

Mantap 01-05/2009 18/05/2009

Filed under: Aktiviti — Abdullah @ 07:46

<klik.tengok.gambar>

PROGRAM PEMANTAPAN LEPASAN PESERTA PBC – Siri I – MEI 2009

Hampir 50 peserta lepasan PBC Kulim telah dihimpunkan bersama di Kulim Inn, Kulim pada 16 Mei 2009 bersempena Hari Guru Se-Malaya… Bermula seawal jam 9 pagi, para penyampai slot telah melaksanakan tugas masing-masing dengan sempurna, alhamdulillah :

1. Perkembangan terkini Syarikat : PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali

2. Pelan Pemasaran (lanjutan) + LDK : PJS Cikgu Zainuddin

3. Skil Diagnosis Saraf Tapak Tangan : PJS Puan Sharifah Sulaiman

4. Taujihad : PJS Ustaz Sabri Ahmad

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi suntikan semangat baru kepada ahli-ahli HPA yang telah menyertai PBC, melalui ilmu yang diperturunkan mudah-mudahan mereka dapat terus berjuang meskipun menemukan pelbagai cabaran getir, insyaAllah. 

Jazakallah untuk semua penceramah, fasilitator & peserta yang telah menjayakan program.

“DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN” 

 

KPU-Klm-PBC-02-2009 16/02/2009

Filed under: Aktiviti — kpukulim @ 08:28

08022009023

PJ HezriPengerusi PBC Feb’09

PERJUANGAN… istilah yang guna pakainya untuk usaha yang tiada noktah.

Yang pastinya, KPU-Kulim terus melangkah untuk memberi ruang & peluang kepada ummah mendekati HPA khususnya sebagai usahawan MLM ‘Syariah’ (insyaAllah akan dilancarkan secara rasmi pada 12 RabiulAwwal 1430) melalui PBC yang telah diadakan di Kulim Inn, Jalan Bukit Awi, Kulim (11-12 Safar 1430).

08022009006

08022009007

Peserta-peserta PBC silih berganti setiap bulan. Pemimpin-pemimpin baru kian menyerlah hasil gilapan kepimpinan senior. Mudah-mudahan perkembangan yang berlaku sentiasa dirahmati Allah dalam rangka merealisasikan harapan yang begitu tinggi bersama jemaah HPA.

0802200902708022009028

Pembentang muslimin & muslimat terbaik

Yang berat sama dipikul, yang ringan dijinjing sama. InsyaAllah PBC seterusnya dijadualkan pada 7-8 Mac 2009 di Kulim Inn juga. Katanya ada ‘zouq’ tersendiri apabila berqiamullail di dataran rest-house ini. Teman-teman seperjuangan yang lain dijemput untuk turut serta qiamullail hingga selesai kuliah subuh.

Tahniah…

080220090260802200902108022009022Kumpulan terbaik

Masih menunggu peluang?

08022009017Masih belum pasti peluang yang mana?

08022009003Mungkinkah peluang ini berjaya?

08022009002InsyaAllah. Anda tidak akan kecewa jika betul nawaitu nya…

08022009

Selama ini, ku mencari-cari, teman yang sejati, buat menemani, perjuangan suci…

0802200903208022009010080220090140802200900908022009015

Allahu akbar!

08022009024

Gempur RADIX! InsyaAllah, Barakallah!

 

Seminar Produk Halal 02/02/2009

Filed under: Buletin — kpukulim @ 06:47

Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Kulim

(Kuliah Mingguan PAKSI-Kulim)

Tarikh : 13 Februari 2009 / 17 Safar 1430 (Jumaat)

Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi

Penceramah : Tn. Hj. Ismail Hj. Ahmad

(Pengarah Urusan HPA Industries)

 

Kuliah Perubatan Jawi

Filed under: Buletin — kpukulim @ 06:43

Jemput hadir beramai-ramai bersama rangkaian masing-masing:

Tempat : Dewan Seminar Kompleks An-Nahdhoh, Kubang Semang (annahdhoh-inn.com)


Tarikh : 11 Februari 2009 / 15 Safar 1430 (Rabu)


Masa : 9.00 malam – 11 malam

 

Mesyuarat J/K PBC KPU-Kulim 01/02/2009

Filed under: Buletin — kpukulim @ 06:54

Tempat : PSD Taman Selasih (Kak Faezah)

Tarikh : 5.2.2009 / 9.2.1430 (Khamis)

Masa : 9.00 malam

Jemputan : Semua Fasilitator PBC KPU-Kulim

Pengarah PBC Kulim Februari : Ku Azhar (+6013 4334883)

 

Bengkel 19/01/2009

Filed under: Aktiviti — kpukulim @ 08:05

dsc01222

Alhamdulillah KPU-Kulim telah berjaya menghimpunkan sekitar 21 orang fasilitator dan bakal pemimpin di PSD Taman Selasih ( kak Faezah 0194812208 8) ) untuk Bengkel Pengurusan (Modul 1 : Kemahiran ICT) pada 20.1.1430/17.1.2009. Bilik Mesyuarat sendat dengan peserta-peserta sehinggakan ada yang terpaksa duduk di atas lantai sahaja. Maklumlah, bilamana masing-masing buka laptop, bilik mesyuarat bertukar jadi makmal komputer.

dsc01219

dsc01218

Secara keseluruhannya, terdapat 3 kelompok peserta iaitu :
1. Belum mahir menggunakan komputer
2. Menggunakan komputer hanya untuk membuat laporan dan seumpamanya
3. Biasa menggunakan komputer & internet

InsyaAllah kita akan mengadakan 2 bengkel susulan secara berasingan akan datang untuk membolehkan modul disampaikan secara lebih efektif setelah kemudahan internet disediakan oleh PSD Faezah. Mudah-mudahan semua beroleh manfaat daripada majlis ilmu tersebut dan matlamat untuk menaiktaraf kompetensi pemimpin HPA di Kulim berjaya.

dsc01220

Gempur RADIX – Kulim!
Wassalam.

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.