Kelab Pemimpin Utara HPA (KULIM)

Dipimpin Untuk Memimpin

Guru oh Guru 20/05/2009

Filed under: Aktiviti — Abdullah @ 08:59

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

karya : SN Dato’ Dr. Usman Awang

sharifahsulaiman@kulim

KULIM, 19/5/2009 : Puan Sharifah Sulaiman, meskipun di dalam kesempitan waktu memenuhi pelbagai komitmen terutamanya sebagai perawat di klinik (Sungai Petani), beliau terus berjuang tanpa jemu dengan menyampaikan ilmu Perubatan Jawi di HPA Cawangan Kulim.

Alhamdulillah, beberapa perkongsian telah diberikan iaitu ilmu produk Evening Prime Rose (softgel), diagnosis untuk penyakit kencing manis dan keracunan di dalam tubuh. Produk EPO sememangnya perlu menjadi diet wajib kepada muslimah yang mengimpikan kejelitaan dalaman & luaran. Dengan harga pasarannya yang jauh lebih murah berbanding jenama lain, EPO – HPA bukanlah tandingan untuk mana-mana produk seumpamanya (terutamanya keluaran syarikat kuffar) kerana ia disediakan oleh pengeluar yang benar-benar berjiwa Islam, insyaAllah. Kita mendoakan agar EPO dan semua produk HPA sentiasa dilimpahi barakallah demi mengubat ‘ketenatan’ di dalam masyarakat hari ini.

Khabarnya mungkin ini kali terakhir beliau dijadualkan sebagai penceramah di dalam kuliah mingguan cawangan Kulim untuk tahun 2009, namun menjadi harapan para pemimpin dan pengedar HPA di Kulim agar setiap bulan beliau terus diizinkan Allah swt untuk ‘turun padang’ di dalam Kursus PBC. ameen.

Selamat menunaikan ibadat Umrah dan Ziarah di Tanah Suci Mekkah serta Madinah untuk

Kak Pah, Cikgu Suberi Murad juga jemaah yang bersama-sama mereka.

Advertisements